Thursday, November 20, 2008

REALITI DAN FANTASI

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada semua warga pemuzik yang sentiasa bertungkus lumus untuk menyediakan bahan yang berilmiah bagi tatapan warga Malaysia yang memerlukan pengetahuan tentang muzik. Ya…Muzik. Isu-isu terbaru majalah di Malaysia banyak membicarakan tenteng serangan Garuda ke atas Malaya. Saya tertarik dengan pendapat-pendapat yang dikongsi oleh pembaca mengenai isu yang semakin membataskan pergerakan kumpulan-kumpulan muzik di negara kita sendiri.

Sebelum meneruskan perbincangan tentang isu ini, saya ingin memohon seribu kemaafan jika apa yang bakal saya coretkan akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan panggiat muzik di negara kita. Indonesia…

Apa yang terlintas di fikiran kalian bila terbaca perkataan ini? KLCC, amah, atau DEWA 19, Padi, Letto, Nidji… Sedari awal perkataan ini sudah sebati dengan diri kita. Apa alasannya??? Tentu kalian tahu yang tidak kurang sejuta warga Garuda yang mencari rezeki di negara yang kita cintai.

Okay, ini adalah realiti. Berpijaklah di bumi yang nyata. Penggiat muzik dari seberang sememangnya ‘LEBIH BAGUS’ dari kebanyakan penggiat muzik dari negara kita. Tentu ramai yang setuju dengan kenyataan ini namun lebih ramai yang akan mencemuhnya. Walaupun pahit, kita harus menerima kenyataan ini dari sudut positif. Malaysia dan Indonesia… Banyak persamaan yang memungkinkan apa sahaja terutama dari segi bahasa. Ya… BAHASA.. Kedua-dua negara berkongsi bahasa yang hampir sama lebih-lebih lagi dari segi nyanyian. Tanyalah kepada warga Malaysia terutamanya orang melayu, apa yang mereka utamakan dalam menghayati atau mendengar lagu-lagu yang diputarkan di corong-corong radio. Tentu sekali bahasanya, melodi, dan persembahan yang memikat. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana umum mengetahui kharisma yang dimiliki oleh pemuzik seberang.
’PENGGIAT MUZIK KITA EGO’… Saya merupakan penyokong muzik indie negara kita. Tapi, pernahkah kalian terfikir bahawa pemuzik indie kita jauh lebih bagus dari pemuzik seberang??? Betulkan saya jika saya silap. Namun masalah yang tidak akan selesai adalah mengenai ‘EGO’. Pemuzik kita tidak mahu keluar dari kepompong mereka.
‘Aku takkan ubah prinsip aku’…
‘Aku rock…mana boleh aku buat lagu pop’…
‘Aku takkan sekali-kali bersekongkol dengan label besar…

Ini adalah contoh-contoh kenyataan yang diluahkan oleh penggiat muzik bebas (sekadar contoh). Banyak kumpulan yang nak jadi Radiohead. Nak jadi hero la konon tapi tak pernah menjadi pun. ‘Kami adalah kami, kami mainkan muzik kami sendiri, kami tak pernah meniru mana-mana kumpulan…kami takkan menyanyi dalam bahasa Melayu…kami takkan mencemarkan bahasa ibunda kami…Idola kami adalah MUSE.’ EGOLAH TU.
Saya menyangjung tinggi kebijaksanaan pemuzik-pemuzik genius Butterfingers. Yang paling saya tidak boleh lupa semasa penghasilan MALAYNEUM. Ini adalah album yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila. Sepuluh tahun dari sekarang kalian mesti bersetuju dengan pendapat saya tadi. This is the masterpiece of the Malaysian album. Walaupun begitu, saya tidak setuju dengan pandangan Loque mengenai pemuzik-pemuzik dari seberang. Loque menyatakan (dalam temuramah bersama ROTTW dari isu terdahulu) bahawa pemuzik Indonesia meniru bulat-bulat kumpulan-kumpulan dari UK. Tambahnya lagi, daripada dengar material-material dari seberang lebih baik terus dengar material-materil dari UK. Saya akui memang muzik dari seberang sebijik, sebentuk, sekilas denagan muzik dari British tapi perbezaan yang sangat ketara adalah bahasa.

Bahasa menunjukkan bangsa. Kita bangsa melayu, seharusnya kita berbangga menjadi bangsa Melayu. Berbekalkan bahasa yang mudah difahami, melodi dirangkai untuk membentuk satu komposisi yang utuh bagi mencerna pendengaran peminat muzik supaya dapat diterima. Itulah yang dikatakan kreativiti. Kreativitilah yang memungkinkan sesuatu produk berjaya.
Penggiat muzik kita tidak KREATIF. ‘Kami main muzik bukan untuk jadi kaya…kami main muzik untuk kepuasan…kalau pendengar boleh terima pun dah ok.’ Temberanglah… Semua benda yang diusahakan tentu sekali inginkan keuntungan. Saya menyampah bila kenyataan sedemikian dikeluarkan. Jangan tipu!!! Hidup memerlukan wang. Memang kita berjuang dengan cara kita sendiri tapi tanpa wang, segala perancangan terbantut. EGO lagi.

JANGAN PANDANG BELAKANG… Kita lupakan Search, Wings, Lefthanded. Kita lupakan Sil Khannaz, Cromok, FTG (sekadar beberapa nama). Mereka adalah lagenda. Mereka pencetus inspirasi dan generasi barulah yang mesti meneruskan perjalanan yang mereka mulai. Tembok sudah dipecahkan, jalan sudah disediakan, saluran untuk berkarya telah dirintis. Perjuangan mereka harus diteruskan tanpa sebarang alasan. Tahukah kalian kesukaran yang mereka lalui sebelum menjadi perintis??? Hanya mereka yang terlibat memahaminya. Oleh itu, sedar, bangun, berjuanglah demi memartabatkan bangsa kita. Biar garuda menyerang, kita sambut mereka dengan baik. Perkemaskan kemahiran sebelum garuda betul-betul ingin menjahanamkan kita. Tiada yang datang bergolek, melayang.

Percayalah, usaha yang berterusan akan mengubah satu dimensi baru dalam industri kita. Bukan sesuatu yang mustahil untuk pemuzik kita berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Tiada yang mustahil dalam kehidupan. Mulakan sebuah anjakan paradigma untuk menyahut kenyataan saya di awal perbincangan kita tadi. Sebelum saya akhiri perbicangan ini, ingin sekali saya memohon beribu kemaafan jika segala kenyataan saya bisa membuat hati kalian meronta-ronta untuk menghentam saya. Ini adalah kenyataan dan kita seharusnya bersama-sama bangun dan bergabung tenaga untuk memajukan semula kemajuan yang sedia ada.

Di sini saya ingin menyatakan rasa hormat yang tidak terhingga kepada kumpulan muzik yang tidak kenal erti putus asa bagi memajukan diri mereka. Saya sertakan juga gelaran yang saya berikan kepada mereka.

Antaranya:
1. Butterfingers - The Genius
2. OAG/ The Times - The Melody
3. Pop Shuvit - The Breaktrough
4. Couple - The Love
5. Muck - The Sweatest
6. Langsyuir - The Bomb
7. R.O.B - The Cool
8. G.S.C - The Rule
9. LMB - The Hardest
10. The Official- The Oi!!!!!!

No comments: